Pages

Isnin, 2 Julai 2012

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap


Bahan-bahan Resepi Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin
Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:
1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.
Mudahkan nak buat puding jagung ni? Selamat mencuba Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap!
********************************************************************************* 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan