Pages

Isnin, 2 Julai 2012


Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap:

1 bungkus kuey teow goreng (biasa berat 500 gram)
1 mangkuk kecil isi daging ayam (dipotong kecil)
2 ulas bwg putih+ 1 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu besar cili boh (depend pada yang suka pedas atau tak)
2 sudu besar kicap
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu sos tomato
secukup rasa sayuran sawi (dipotong)**
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar minyak untuk menumis
**boleh masukkan apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau wangi dan bukan hangit ye.
3. Masukkan isi ayam serta kesemua bahan-bahan lain kecuali sayur sawi dan kuey teow.
4. Gaulkan sehingga sebati dan sehingga isi ayam masak empuk.
5. Masukkan sayur sawi dan gaul sehingga sebati.
6. Kemudian, baru masukkan keuy teow serta campur sedikit air dan gaulkan sehingga sebati. Untuk buat kuey teow goreng basah, masukkan kuantiti air 2x ganda dari biasa. Kalau tak biasa buat, anggarkan sehingga kuey teow nampak berkuah ikut selera masing2.
7. Tutup kuali seketika sahaja untuk bagi kuey teow empuk dan menyerap rasa kuah. Dah empuk, tutup apikan. ** untuk masak kuey teow tak perlu empukkan terlalu lama seperti mee kuning dan bihun kerana kuey teow lebih lembut meenya.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Selamat mencuba Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan