Pages

Isnin, 2 Julai 2012


Bahan-bahan Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap;

1/2 kg gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 cawan santan
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit perasa*
300 gram udang (dipotong kecil)*
1 labu bawang besar (dihiris)*
1 batang daun bawang (dipotong)*
1 batang carrot (dipotong)*
*optional nak letak/ tak nak letak or ganti dengan yang lain.

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati.
3. Apabila minyak panas, sila masukkan adunan tepung yang telah sebati untuk digoreng dengan menggunakan sudu besar. **nak elakkan sudu melekat dengan adunan tepung- rendam hujung sudu dengan minyak yang dah dipanaskan.
4. Jangan lupa untuk balik2 kan jemput-jemput dalam kuali sehinggalah masak kekuningan. **guna api sederhana saja supaya masak diluar dan juga didalam ye.
5. Siap untuk diangkat dan ditoskan minyak.
6. Hidangkan jemput-jemput udang bersama keluarga tersayang!
Selamat mencuba Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap!
********************************************************************************* 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan