Pages

Isnin, 2 Julai 2012

Resepi Ketupat Sotong



BAHAN-BAHAN:
700gm @ 4 ekor sotong | bersaiz
sederhana dan bersihkan kulitnya
300gm beras pulut
500ml santan cair
Lidi sate secukupnya
BAHAN UNTUK KUAH:

100gm bawang merah | dimayang
100gm halia | dihiris halus
1 sudu teh halba
750ml santan pekat
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dibersihkan dimasak bersama santan cair sehingga masak
2. Kemudian angkat dan sejukkan seketika *suam2 kuku*

3. Setelah itu, masukkan pulut ke dalam sotong. Pastikan ia tidak terlalu penuh.
4. Seterusnya sematkan sotong dengan menggunakan lidi dengan kemas. Ia untuk
memastikan pulut di dalam sotong tidak terkeluar.
5. Masukkan sotong ke dalam periuk yang berisi santan pekat.
6. Kemudian masukkan pula bawang merah dan halia.
7. Didihkan sotong dengan api yang perlahan supaya tidak pecah minyak.
8. Akhir sekali, masukkan halba dan perasakan. Kacau hingga mendidih dan
sotongmasak.
9. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan